Previous Page  10 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 10 / 40 Next Page
Page Background

media permata

10 •

NASIONAL

JUMAAT, 21 APRIL 2017

BIBD teruskan jerayawara

promosi perbankan digital

Isu-isu glokal tumpuan

Pertandingan ICT

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April –

Dalam komitmennya untuk mening-

katkan kesedaran kepada produk dan

perkhidmatannya, Bank Islam Brunei

Darussalam (BIBD) meneruskan lagi siri

ke-3 Jerayawara ‘Digital, Co‹ee, And

You’ di Cawangan Manggis bermula hari

ini hingga 22 April.

BIBD dalam kenyataannya di sini hari

ini, menyatakan bahawa pada setiap

perhentian jerayawara berkenaan, me-

reka mempromosikan pemahaman dan

manfaat perkhidmatan-perkhidmatan,

keupayaan dan kemudahan perbankan

digitalnya.

Menurut kenyataan itu lagi, BIBD

bermatlamat untuk menyokong aspira-

si negara untuk menjadi sebuah negara

pintar dengan menggalakkan penggu-

naan transaksi digital, yang pada masa

yang sama mengurangkan keperluan

bagi pembayaran tunai.

Pada masa yang sama, inisiatif ini se-

laras dengan komitmen BIBD untuk se-

cara progresifmenyediakan pelanggan-

nyadenganpenyelesaian-penyelesaian

perbankan terbaik dalam kelasnya.

Siri jerayawara berkenaan akan be-

rakhir pada 27 April di perhentian ter-

akhirnya di mana ia akan diadakan se-

lama tiga hari di Cawangan Serusop.

Sebagai sebahagian daripada je-

rayawara berkenaan, BIBD juga me-

nyediakan hadiah-hadiah, diskaun ke

atas bayaran pemprosesan dan juga

secawan kopi percuma bagi permoho-

nan Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan

Rumah,

Skim

Pembiayaan

Peng-

gabungan dan pendaftaranBIBDMobile

dan vCard.

Dengan bulan Ramadan dan musim

perayaan bakal menjelang, BIBD ber-

harapparapelanggannyaakanmengam-

bil peluang ini untuk mendapatkan pro-

mosi-promosi mereka.

Selaras dengan tema jerayawara

dan untuk membantu menyokong per-

niagaan-perniagaan tempatan, BIBD

juga mempromosikan vendor-vendor

tempatan pada setiap siri jerayawara

berkenaan. Inisiatif berkenaan akan

membantu mempamerkan perniagaan-

perniagaan mereka kepada pelanggan

dan orang awam pada amnya serta di-

harap akan mengembangkan pernia-

gaan mereka pada masa akan datang.

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 20 April – Enam kumpulan

pelajar Tingkatan Enam Atas, Pusat

Tingkatan Enam (PTE) Tutong, baru-

baru ini, telah mengikuti Pertandingan

ICT dengan menampilkan video serta

membuat pembentangan.

Dengan bertemakan Isu-isu Glokal

(Glocal Issues) pada tahun ini, kumpulan-

kumpulan

pelajar

daripada

General

Paper (GP) itu telah membentangkan

beberapa isu global seperti kemiskinan,

rasisme, stereotaip, diabetes,

cat–sh

dan

penyalahgunaan

dadah

sambil

menayangkan video mereka.

Hadir selaku tetamu kehormat pada

pertandingan tersebut ialah Pengetua

PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

Sebelum

pertandingan,

Pengetua

PTE Tutong menerangkan kepentingan

Pertandingan ICT kepada pelajar GP

yang memberikan mereka peluang untuk

menerokai isu-isuglobal di sampingdapat

melatih pelajar ber–kiran ke hadapan

sesuai dengan kemahiran hidup abad ke-

21 tahun.

Pertandingan

telah

dijuarai

oleh

kumpulan pembentang ‘Diabetes’ yang

terdiri daripada Awang Muhd Danish

Asrien bin Muhd Masri, Andrew Teo Kui

Huang, Awang Muhammad Haziq bin Haji

Imran, Awang Muhammad Izzuddin bin

Ishak, Dayang Nur Amirah Syakirah binti

Airwan, Dayang Nursya–wah binti Sulhi

dan Swee Kae Yie, yang menerima wang

tunai $250 dan sijil penyertaan.

Sementara itu, tempat kedua jatuh ke-

pada kumpulan ‘Penyalahgunaan Dadah’

dan menerima wang tunai $200 serta sijil

penyertaan. Kumpulan ‘Racism’ pula me-

menangi tempat ketiga dengan menerima

hadiah wang tunai $150 berserta sijil.

Manakala itu, kumpulan-kumpulan lain

menerima hadiah sagu hati berupa wang

tunai $80dan sijil penyertaan.

Pengetua PTE Tutong bergambar ramai bersama pelajar-pelajar PTE Tutong yangmenyertai

Pertandingan ICT.

Jerayawara ‘Digital, Coffee, And You’ di Cawangan Manggis.

25 guru, pegawai

tambah ilmu ternak

madukelulut

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Dalam

usaha mengenali lebih dekat lagi peru-

sahaan madu kelulut, rombongan sera-

mai 25 orang guru dan pegawai-pegawai

daripada Unit Pendidikan Khas (UPK) dan

Jabatan Sekolah-sekolah telah melawat

Syarikat Tafrijiyah di Kampung Rimba,

baru-baru ini.

Lawatan

tersebut

diketuai

oleh

Ketua Bahagian Perkhidmatan Bantuan

Pembelajaran Peringkat Menengah dan

Pengajian Tinggi, UPK, Awang Salim bin

Haji Putih.

Ia diusahakan oleh UPK dengan tujuan

untuk melihat secara lebih dekat perusa-

haan madu kelulut yang dihasilkan oleh

sedikit sebanyak membantu guru kelas

Program Pra-Vokasional dalam membim-

bing dan menunjuk-ajar pelajar-pelajar

berkeperluan khas untuk menjadi usaha-

wan kecil yang produktif dan berjaya.

Hadir mengalu-alukan kedatangan

rombongan ialah Pengurus Syarikat

Tafrijiyah, Awang Suhaili bin Haji Mohd

Yusof.

Semasa lawatan, Awang Suhaili telah

menerangkan mengenai latar belakang

ladang ternakan lebah kelulut dan diikuti

dengan lawatan ke ladang dan berpelu-

ang merasa madu kelulut. Untuk memeri-

ahkan lagi lawatan, kuiz mengenai peru-

sahaan madu kelulut telah dijalankan.

Di akhir lawatan itu, Awang Salim te-

lah menyampaikan cenderahati kepada

pihak pengurus Syarikat Tafrijiyah seba-

gai tanda penghargaan.

pengusaha tempatan selain dihasratkan

untuk menambah ilmu pengetahuan dan

perkongsian pengalaman dalammembuat

perusahaan kecil yang diharapkan dapat

Rombongan guru dan pegawai daripada UPK bergambar ramai bersama Pengurus Syarikat Tafrijiyah.

Rombongan dibawa melihat lebih dekat

mengenai prosespenternakan lebahkelulut

yangmenghasilkanmadu.