Previous Page  11 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 11 / 40 Next Page
Page Background

media permata

NASIONAL/BORNEO

• 11

JUMAAT, 21 APRIL 2017

UNISSA terima

kunjunganUNIVA

BANDARSERI BEGAWAN, 20April

– Universiti Islam Sultan Sharif

Ali (UNISSA) yang kini terusmen-

jadi tumpuan kepadamasyarakat

luar khususnya daripada institusi

pendidikan Islam, telah mene-

rima kunjungan dari Universitas

Al-Washliyah (UNIVA) Medan,

Indonesia, kelmarin.

Rombonganseramai 24orang

yang diketuai oleh Rektor uni-

versiti berkenaan, Profesor Dr.

H. Basyaruddin, MS itu telah dia-

lu-alukanolehPemangkuRektor

UNISSA, Dr. Haji Mohammed

Hussain bin Pehin Penyurat Haji

Ahmad.

UNISSA dalam kenyataannya

di sini berkata, lawatan itu ber-

tujuanuntukmenerokai peluang

kerjasama dalam bidang penye-

lidikan melibatkan pakar akade-

mik kedua universiti khususnya

dalam bidang penyebaran dak-

wah Islam dan membanteras

gerakan penyelewengan aki-

dah.

Di samping itu, ia juga untuk

merancang kegiatan kerjasama

yang melibatkan Fakulti Syariah

dan Undang-undang dan Fakulti

Ekonomi dan Kewangan Islam.

Profesor Dr. H. Basyaruddin

dalam ucapannya menjelaskan

bahawa UNIVA yang mula ditu-

buhkan pada 18 Mei 1958 dan

sudah pun berusia 59 tahun,

adalahbermatlamatuntukmela-

hirkan ulama dan sarjana yang

bertanggungjawab serta ber-

akhlak mulia demi memelihara

keselamatanagama, bangsadan

negara. Rombongan juga diser-

tai oleh Majelis Pendidikan Al-

Jami’iyatul Washliyah Propinsi

Sumatera Utara, Indonesia yang

terdiri daripada para pensyarah,

tenaga pengajar institusi pen-

didikan dan ahli korporat.

Majlis diakhiri dengan sesi

dialog dan pertukaran cendera-

hati sebagai simbol kerjasama

UNISSA dan UNIVA agar terus

menjadi rakan karib dalam bi-

dang kajian ilmiah dan akan

merancang penandatanganan

memorandum persefahaman di

masa akan datang.

Turut hadir ialah penolong

rektor UNISSA, pegawai-pe-

gawai eksekutif, dekan-dekan

fakulti dan pengarah-pengarah

pusat.

KUCHING, 20 April – Kerajaan

negeri Sarawak amat meng-

galakkan sebarang bentuk jali-

nan kerjasama antara institusi

latihan dan industri, kata ketua

Menteri Sarawak Datuk Amar

Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata dengan adan-

ya perkongsian teknologi dan

kepakaran ini secara tidak lang-

sung dapat memantapkan lagi

prosespembelajarandan latihan

para pelajar untuk menempuh

alam pekerjaan yang sebenar.

Abang Johari berkata demiki-

an dalam teks ucapan beliau

yang dibaca oleh Menteri Muda

Solidariti Sarawak Rosey Yunus

pada majlis penutup Bengkel

DidikHibur Kamishibai Peringkat

Antarabangsa Tahun 2017 di

sini, hari ini.

Katanya, usaha sama strate-

gik antara IPGKampus TunAbdul

Razak dengan Yaiyo Yuden Sdn

Bhd dan rakan sinergi yang lain

adalah sangat dialu-alukan dan

berharap ia dapat diteruskan

pada masa-masa akan datang.

Turut terlibat dalam pengan-

juran bengkel tersebut ialah IPG

Kampus Temenggong Ibrahim

Johor Bahru, Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) Cawangan

Sarawak, DBP Wilayah Selatan

dan Majlis Bandaran Johor Bahru

sebagai rakan sinergi bersama.

Abang Johari berkata ke-

berhasilan

pendidikan

yang

diterjemahkan dengan pem-

bangunan modal insan yang

berkualiti merupakan sandaran

penting negara ke arah negara

maju dan amanah ini merupa-

kan tanggungjawab besar yang

perlu digalas oleh semua warga

pendidik, terutama guru-guru di

bilik darjah.

“Peranan dan komitmen para

guru amat diperlukan, malah tu-

gas menjadi sangat mencabar

dengan keperluan pembelaja-

ran abad ke-21 yang merujuk

kepada konsep Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) yang kon-

dusif terbuka, interaktif, me-

narik dan berpusatkan murid,”

katanya.

Oleh sebab itu, beliau berkata

konsep pengajaran dan pem-

belajaran perlu berubah selain

perlu ada perubahan minda da-

lam kalangan warga pendidik.

“Kita perlu memikirkan se-

mula reka bentuk pengajaran

dan pembelajaran pendidik iaitu

pembelajaran lebih aktif, lebih

interaktif dan lebih impresif

serta bersifat cabaran dan per-

mainan peranan, pembelajaran

secara ‘hands-on’ dan ‘minds-on’

serta bercirikan didik hibur.

“Hanya dengan cara ini kita

dapat

mencapai

matlamat

pendidikan di dalam Bloom’s

Taxonomy, iaitu bukan hanya

untuk mengingati tetapi untuk

mencipta,” katanya.

Justeru, beliau berkata guru-

guru perlu melengkapkan diri

mereka degan kemahiran ter-

tentu bagi memudahkanmereka

menghadapicabaranpendidikan

abad ke-21. – Bernama

Kerajaan Sarawak sambut

baik kerjasama institusi

latihan dan industri

Pemangku Rektor UNISSAmenyampaikan cenderahati kepada Rektor UNIVAMedan, Indonesia.

Operasi cari anggota KD

Perantau diteruskan

di perairan Bintulu

KOTA KINABALU, 20 April – Operasi mencari dan

menyelamat (SAR) anggota KD Perantau disyaki

jatuh laut di perairan Bintulu, Sarawak masuk

hari keempat hari ini.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja

Malaysia (TLDM) di sini, pencarian dilaksanakan

denganpenambahankeluasanpencariankepada

5,625 batu nautika persegi iaitu 25 batu nautika

barat daya dari Bintulu, namun tiada sebarang

penemuan. “Aset-aset TLDM yang masih berada

di kawasan pencarian adalah KD Selangor, KD

Perantau, KD Serang danMVMega Bakti.

“Aset

Agensi

Penguatkuasaan

Maritim

Malaysia (APMM) yang turut terlibat (dalam

pencarian) adalah KM Semilang dan KM Siakap

dari Bintulu,” kata kenyataan itu.

Pasukan Polis Marin juga turut serta dalam

usaha pencarian itu melibatkan aset PSC 56 di

pesisir perairan Bintulu dan aset PA 1 di pesisir

perairan Miri, sementara pesawat Super Lynx

milik TLDM dan Beechcraft B200T milik Tentera

Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membantu

dalam operasi tersebut.

Anggotaterbabitdisedarihilangselepastidak

hadir ke perbarisan wajib rutin harian kira-kira 9

pagi pada 17 April lepas dan kali terakhir dilihat

berada di bilik rehat kapal itu pada 7:15 pagi ke-

tika dalampelayaran pulang ke Pangkalan TLDM

Lumut dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di

Teluk Sepanggar.

KD Perantau yang membawa kira-kira 80

anak kapal berada di Sabah dan Sarawak selama

enam hari selepas melaksanakan ujian peneri-

maan sistem pengukuran hidrogra¤. – Bernama

KENINGAU, 20April –Menteri di JabatanPerdana

Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kepentin-

gan pendidikan serta usaha mengukuhkan pen-

capaian prestasi pelajar dan sekolah merupa-

kan elemen yang perlu diberi perhatian serius

khususnya di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama

yang kuat antara ibubapa danguru sangat pent-

ing dalam memperkembangkan sahsiah pelajar

untukmenjadi generasi muda yang komited ter-

hadap kemajuan pendidikan.

“Oleh itu, saya berharap Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) dan pihak pengurusan sekolah

terutamanya di daerah kecil Sook terus mem-

perkukuhkan jalinan kerjasama bagi memasti-

kan visi dan misi kedua-dua belah pihak untuk

melihat kecemerlangan pelajar terus mening-

kat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan

Majlis Penutupan Sambutan Expo Pendidikan

2017 di daerah kecil Sook yang terletak kira-kira

40 kilometer dari Pekan Keningau, hari ini.

Kurup berkata selain itu suasana perseki-

taran dan ¤zikal juga perlu dititikberatkan untuk

mengukuhkan lagi pencapaian prestasi pelajar.

“Oleh itu pembangunan sekolah merupa-

kan satu keperluan dalammembentuk generasi

berilmu khususnya kawasan luar bandar agar

mereka turut menikmati tahap pendidikan yang

lebih baik dan sistematik,” katanya. – Bernama

Prestasi pelajar di luar bandar

perlu perhatian serius