Previous Page  12 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 12 / 40 Next Page
Page Background

media permata

12 •

BORNEO/ASEAN

JUMAAT, 21 APRIL 2017

Pence dibawa

tinjaumasjid

di Indonesia

JAKARTA, 20 April – Timbalan

Presiden

Amerika

Syarikat

(AS), Mike Pence hari ini dibawa

meninjau ke masjid terbesar di

Indonesia, negara yang mempu-

nyai umat Islam terbesar di du-

nia itu, ketika satu lawatan yang

dilihat sebagai bidaan daripada

pentadbirannya untukmemulih-

kan perpecahan dengan dunia

Islam.

Selepas memulakan perhen-

tiannya di Indonesia denganme-

muji negara yang mengamalkan

kesederhanaanIslamitusebagai

‘satu inspirasi’, beliau mengun-

jungi Masjid Istiqlal, yang luas-

nya sehingga boleh memuatkan

200,000 jemah dengan menara

kubah putih dapat dilihat di per-

bandaran Jakarta.

Beliau membuka kasutnya

sebelum diiringi masuk ke da-

lam masjid, yang juga masjid

terbesar di Asia Tenggara,

dengan ditemani oleh isteri

dan dua anak perempuannya

yang menyarungkan tudung

kepala, dan Imam Besar Istiqlal,

Nasaruddin Umar.

Lawatannya

itu

mewakili

pendekatan

berprofil

paling

tinggi kepada orang Islam dari-

pada pentadbiran Donald Trump

sejak jutawan itu menjawat

jawatan sebagai presiden dan

meniru lawatan serupa daripada

BarackdanMichelleObamapada

2010.

Sejak menjadi presiden ham-

pir 100 hari lalu, Trump telah

menerima beberapa pemimpin

dari negara-negara Islam se-

perti Jordan, Iraq, Arab Saudi dan

Mesir.

Namun pentadbirannya juga

cuba

untuk

mengharamkan

pengunjung dari negara majo-

riti Islam, memetik kebimba-

ngan tentang pengganasan –

satu usaha yang pada masa ini

dicabar dalammahkamah AS.

Namun Pence menunjukkan

nada yang jelas berbeza semasa

lawatannya ke Indonesia, yang

sering dipuji sebagai demokrasi

Islam yang berjaya di mana ke-

banyakannya

mengamalkan

bentuk sederhana Islam dan

hidup aman makmur bersama

dengan minoriti agama lain.

“Indonesia,

yang

menga-

malkan Islam secara sederhana

terus terang dikatakan sebagai

inspirasi dunia dan kami memuji

anda dan rakyat anda,” katanya

selepas mengadakan rundingan

bersama Presiden Joko Widodo

di istana presiden di Jakarta.

“Di negara anda seperti di

negara saya agama bersatu, ia

tidak berpecah belah.” – AFP

Mike Pence (dua, kanan) ketika

dibawa meninjau Masjid Istiqlal di

Jakarta pada 20 April. – AFP

KUALA LUMPUR, 20 April –

Langkah Britain keluar daripada

Kesatuan Eropah (Brexit) tidak

akan

mengurangkan

komit-

men negara itu terhadap aspek

keselamatan di ASEAN, kata

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke

Malaysia Victoria Treadell.

Beliau berkata Britain, se-

bagai

sebahagian

daripada

Perjanjian

Pertahanan

Lima

Kuasa yang termasuk Malaysia,

Singapura, Australia dan New

Zealand, telah menghantar aset

pertahananmerekakerantauini,

setiap tahun, bagi tujuan latihan

dengan Malaysia dan Singapura.

“Dengan keadaan geopoli-

tik semasa di rantau ini seperti

Laut China Selatan dan Sabah,

sumbangan Britain tidak akan

berkurangan,”

katanya

pada

persidangan meja bulat menge-

nai ‘Pengajaran daripadaBrexit –

Risiko dan Peluang bagi ASEAN’

di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya,

negara

akan

meningkatkan

sokongannya terhadap aspek

pertahanan dan keselamatan

rantau ini dengan menempat-

kan aset pertahanan terkininya.

Persidangan

meja

bulat

itu, dianjurkan oleh Institut

Penyelidikan ASEAN CIMB dan

Kelab Perniagaan ASEAN, mem-

bincangkan mengenai pengala-

man penyertaan Britain dalam

KesatuanEropahdanpengajaran

yang boleh diperoleh daripada

pemisahan negara itu dari blok

ekonomi tersebut. – Bernama

Brexit tidak kurangkan komitmen

Britain terhadap keselamatan ASEAN

Syria: IRM gesa

masyarakat

antarabangsa

bertindak segera

KUALA LUMPUR, 20 April –

Islamic Relief Malaysia (IRM)

menggesa masyarakat antara-

bangsa bertindak segera bagi

menamatkan konflik di Syria

yang kian memuncak, selain

memastikan negara itu mudah

diakses untuk membolehkan

bantuankemanusiaandapatdis-

alurkan dengan lebih berkesan.

PengarahnyaZairulshahfuddin

Zainal Abidin berkata, keadaan

hospital

di

wilayah

Khan

Sheikhoun di barat laut Idlib yang

rosak teruk akibat serangan sen-

jata kimia baru-baru ini secara

tidak langsung mengganggu op-

erasi bantuan kemanusiaan.

“Dari semasa ke semasa,

Ketua Misi Islamic Relief Syria

(IRS) Mohammed Gumni me-

maklumkan kepada kita maklu-

mat terkini.

“Menurutnya makanan, air

dan ubat-ubatan amat diperlu-

kan,” katanya kepada Bernama

ketika

diminta

mengulas

perkembangan terkini menge-

nai dua hospital yang terjejas.

Dua hospital itu ialah Al

Rahma dan Al Marrah di bawah

pengawasan IRS yang musnah

akibat serangan senjata kimia

pada 5 April.

Sehingga kini, tiada pihak

tampil bertanggungjawab ter-

hadap serangan itu. Serangan

senjata kimia itu paling dahsyat

sejak Sarin gas yang membunuh

beratus-ratus orang awam di

Ghouta, Damsyik pada Ogos

2013.

Zairulshahfuddinberkata, pa-

sukan IRSkinimenghadapi caba-

ran besar untuk memastikan

semua bantuan kemanusiaan

yangdikumpulkanhasil sumban-

gan masyarakat antarabangsa

melalui derma dan kutipan dana

IRS di seluruh dunia sampai ke-

pada mangsa.

“Semasa saat sukar ini kita

menghadapi banyak cabaran.

Walaupun

IRS

mempunyai

lebih daripada 30 kakitangan

sepenuh masa tetapi mustahil

untuk pasukan konvoi kemanu-

siaan sampai ke kawasan ter-

jejas dan menghulurkan ban-

tuan kecemasan kepada orang

awam,” katanya.

Antara cabaran yang perlu

dihadapi ialah ketika disekat

pihak berkuasa, di mana kaki-

tangan

dilarang

memasuki

kawasan terjejas atas alasan

ketidakstabilan politik dan fak-

tor keselamatan kakitangan IRS

yang perlu menjadi pertimban-

gan setiap masa.

“Bagaimanapun, kami (kelu-

arga Relief Islam termasuk IRM)

akan tetap meneruskan usaha

membantuorangawamdi Syria,”

katanya.

BeliauberkatarakyatMalaysia

yang inginmenyumbang kepada

IRM untuk diagihkan kepada

IRS boleh berbuat demikian di

bawah kempen ‘MySedekah-

Save Syria’.

Menurut IR Worldwide, 541

orangdilaporkancederamanaka-

la 89 orang maut termasuk 33

kanak-kanak dan 18wanita.

Hospital tidak dapat berop-

erasi akibat kerosakan dialami

dan 20 peratus kelengkapan

sumbangan Relief Islam turut

musnah. – Bernama

Pembuangan sampah jejas

sistem pembetungan di Sandakan

SANDAKAN, 20 April – Pem-

buangansampahkedalamsistem

pembetungan menyebabkan 15

Stesen Pam dan sembilan Loji

Rawatan Kumbahan di daerah ini

mengalami kerosakan.

Timbalan

Ketua

Menteri

Sabah Datuk Raymond Tan Shu

Kiah berikutan kerosakan itu,

lubang pembetungan di beber-

apa kawasan perumahan dan

bangunan kedai di daerah ini

tersumbat. Katanya RM5.5 juta

diperlukan bagi membaiki kero-

sakan stesen pam dan loji rawa-

tan kumbahan tersebut.

“Kerosakan ini tidak se-

patutnya

berlaku

sekiranya

masyarakat sama-sama me-

mainkan peranan untuk tidak

membuang sampah ke dalam

sistem pembetungan,” katan-

ya kepada pemberita selepas

menghadiri Mesyuarat Tindakan

Daerah di sini, hari ini.

Menurutnya pada masa seka-

rang Jabatan Kerja Raya (JKR)

yangmengendalikansistempem-

betungan sedang dalam proses

membaiki

kerosakan

stesen

pam dan loji rawatan kumbahan

menerusi peruntukan sedia ada

berjumlahRM3.9 juta.

Secara keseluruhannya, ter-

dapat 94 sistem pembetungan

di daerah ini termasuk 61 loji

rawatan kumbahan, 31 stesen

pam dan dua loji rawatan berka-

pasiti 60,000PE serta rangkaian

paip pembetungan sepanjang

128,461 kilometer, katanya.

Beliau yang juga Menteri

Pembangunan

Perindustri-

an negeri berkata sampah yang

dibuang ke dalam lubang pem-

betungan hingga merosakkan

sistem pembetungan antaran-

ya termasuk sisa minyak beku

dari restoran, sisa bekas maka-

nandanminumansertaobjekbe-

sar seperti peralatanmemasak.

Katanya kesedaran tinggi di

kalangan masyarakat diperlu-

kan dalam mengatasi masalah

sistempembetungan tersumbat

di daerah ini.

Justeru,

beliau

berkata

kempen kesedaran di kalan-

gan masyarakat akan diada-

kan dengan tumpuan di ka-

wasan yang banyak mengalami

masalah lubang pembetungan

tersumbat. – Bernama

YANGON, 20 April – Tujuh lagi

suspek termasuk warga asing

ditahan kerana dipercayai ter-

babit dalam sindiket utama da-

dah haram di Yangon Myanmar,

menjadikan jumlah keseluruhan

tangkapan seramai 15 orang,

memetik agensi berita Myanmar

lapor

agensi

berita

China

Xinhua

.

Suspek ditahan pada Selasa

selepas polis menyerbu sebuah

rumahdanmenemui3.9kilogram

heroin, 2.1 juta pil amfetamina

dan 299,6 kg kristal metamfe-

tamin atau ‘ice’ bernilai 31.84 bi-

lion kyats (US$ 23.41 juta).

Beberapa

senjata

dan

kenderaan

bermotor

turut

dirampas. Suspek akan didakwa

dan kini polis memburu sembi-

lan lagi suspek.

Penangkapan

terbaru

itu

susulan

rampasan

dadah

1,110 kg jenis ‘ais’ dan 622,3

kg ketamine pada November.

– Bernama

Sindiket dadah utama di Myanmar, lagi suspek ditahan