Previous Page  2 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 2 / 40 Next Page
Page Background

media permata

Sumber:

J

abatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Kementerian Perhubungan

Wassalamu Bissawab

www.met.gov.bn

SIANG MALAM

SABTU

22/04/2017

Ramalan

Cuaca

Hari Ini

Pada amnya baik pada waktu siang, manakala hujan

berasingan mungkin berlaku pada waktu malam teru-

tama di kawasan pedalaman.

Angin

Bertiup dari arah Barat Daya atau Tenggara selaju 05-

10 kmsj pada waktu pagi dan malam, dan dari arah

Barat Laut, selaju 10-25 kmsj pada waktu petang.

Laut

Berombak Sedikit, di paras 0.5-1.0 m.

Perhatian/

Amaran

Tiada.

32

0

C

26

0

C

2 •

NASIONAL

JUMAAT, 21 APRIL 2017

AHAD

23/04/2017

32

0

C

32

0

C

26

0

C

JUMAAT

21/04/2017

26

0

C

Dari Muka 1

“Komitmen dan dedikasi yang diberikan akan terus

berkekalan, lebih-lebih lagi pada peringkat pelaksa-

naannya nanti, ke arah memastikan setiap perancan-

gan berjalan dengan lancar dan sempurna.”

“Semangat permuzakarahan serta penyelarasan

yang berterusan antara jawatankuasa-jawatankuasa

sektoral berkaitan dengan pihak-pihak yang berke-

pentingan lainnya adalah mustahak. Sambutan Jubli

Emas diharapkan memberikan impak besar dalam

menjana serta menggiatkan aktiviti perekonomian

yang mapan.

“Mengenai dengan Pataratna Diraja untuk dibuat

baru sahaja dengan reka bentuk yang moden dan ber-

sesuaian iaitu tidak terlalu besar (praktikal), tidak ter-

lalu tinggi dan ringkas di mana reka bentuk yang tidak

bersesuaian perlu dielakkan serta yang paling penting,

reka bentuk berkenaan tidak menyalahi dan bercang-

gah dengan ugama Islam,” sabda Duli Yang Teramat

Mulia.

“Paduka Ayahanda turut menekankan untuk ber-

jimat-cermat dalam membuat dan mereka Pataratna

berkenaan.”

Duli Yang Teramat Mulia turut menekankan menge-

nai laluan perarakan Sambutan Jubli Emas untuk ber-

mula dan berakhir di hadapan Balai Bomba Bandar Seri

Begawan sahaja seperti perarakan Jubli Perak.

“Paduka Ayahanda seterusnya bertitah bahawa apa

yang penting ialah perarakan itu sendiri kerana ianya

adalah acara yang walih daripada acara sambutan

Paduka Ayahanda dan penglibatan dan aktiviti orang

ramai yang dapat ikut serta dan mengiringinya”.

Sementara itu, mengenai dengan cadangan mem-

bina dewan besar kekal.

Duli Yang Teramat Mulia menegaskan, “Paduka

Ayahanda bertitah ia merupakan cadangan yang baik

tetapi dalam keadaan ekonomi semasa dan keperluan

untuk berjimat-cermat, cadangan untuk membina

boleh diŒkirkan di kemudian hari.

“Projek-projek yang dilaksanakan biarlah yang men-

datangkan faedah kepada orang ramai seperti Pasar

Gadong dan Kianggeh.

“Jika dewan dibina, ianya memerlukan peruntukan

yang tinggi untuk membina dan juga peruntukan bagi

kos penyelenggaraan.

“Padamasa ini, BangunanBalai Pameran IslamSultan

Haji Hassanal Bolkiah sudah mempunyai reka bentuk

yang indah dan percaya orang ramai yang melawatnya

nanti akan merasa kagum.

“Paduka Ayahanda juga menekankan supaya apa jua

acara-acara bagi Sambutan Jubli Emas seperti pera-

rakan Sambutan Jubli Emas, hendaklah dicadang dan

dirancang dengan teliti dan perlumempunyai nilai seja-

rah di mana orang ramai akan ghairah untuk sama-sama

menyaksikan atau menyertai serta dihargai dan bukan-

nya dinilai daripada banyaknya jumlah acara yang diran-

cang.”

Duli Yang Teramat Mulia menambah, “Sebagai ke-

simpulan melalui titah-titah Paduka Ayahanda dalam

merancang Sambutan Jubli Emas Paduka Ayahanda ini,

acara-acara perlulah bersifat sederhana, ringkas serta

mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai tarikan ke-

pada orang ramai.

“Dalam perkara yang berkaitan, Paduka Ayahanda

juga memperkenankan supaya potret wajah Paduka

Bonda menghiasi pintu-pintu gerbang di semua daerah

bersebelahan potret Paduka Ayahanda.”

Duli Yang Teramat Mulia menjunjung tinggi segala

titah-titah Baginda Sultan tersebut sebagai panduan

hala tuju pelaksanaan acara-acara dan aktiviti-aktiviti

sambutan.

“Justeru saya mahu supaya jawatankuasa-jawa-

tankuasa berkaitan untuk memberikan perhatian yang

khusus mengenai dan mengambil tindakan yang perlu

terhadapperkara-perkaradalamtitahPadukaAyahanda

tadi.”

Duli Yang Teramat Mulia juga berharap perbinca-

ngan yang diadakan akan dapat mencetuskan pe-

mikiran bernas dan berupaya memudah cara serta

mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan acara-

acara sambutan selaras dengan hasrat untuk melihat

kesempurnaan dan kewalihan acara yang direncana-

kan itu.

TASKAYSHHBanalisis

kelemahan, ancaman

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Seramai 22

orang kakitangan Taman Asuhan Kanak-kanak

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA

YSHHB) telah mengikuti sesi bengkel analisa

SWOT yang berlangsung selama setengah

hari di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal

Bolkiah.

Fasilitator bagi bengkel berkenaan ialah

Penolong Pengarah Urusan Yayasan, Hajah

Donnaliza binti Abdullah Puasa dengan dibantu

oleh Pengiran Hajah Asiah binti Pengiran Haji

Damit daripada Pasukan Perancangan Strategik

Yayasan.

Sesi analisis SWOTdiadakanuntukmemimpin

kakitangan TASKA melihat kekuatan dan kele-

mahan dalaman TASKA serta menyatakan pel-

uang-peluang dan ancaman luaran yang boleh

ditukar menjadi kelebihan bagi TASKA dalam

usaha penambahbaikannya.

Kakitangan dibahagikan kepada empat

kumpulan yang menamakan kumpulan mas-

ing-masing CERIA, ALL LEE, FUTURE dan

AWESOME.

Analisis SWOT adalah antara alat berguna

bagi TASKA untuk membantu mengenal pas-

ti isu-isu kritikal (kelemahan dan ancaman)

dalam konteks bahagian-bahagian mana

yang perlu dibangunkan, yang berkembang

maju, yang lembap dan yang boleh dijadikan

sebagai kelebihan kompetitif dan ancaman

TASKA.

Hasil sesi SWOT itu akan membimbing TASKA

dalam menentukan apa yang perlu diberi tum-

puan dalam tempoh lima tahun akan datang

kerana semua maklumat yang dikumpulkan

akan berfungsi sebagai asas untuk perancan-

gan strategik TASKA.

Sesi itu juga di-

hadiri oleh Pemangku

Pengetua

TASKA

YSHHB, Hajah Zainab

binti Haji AbdulWahab.

Gambar ramai kakitangan TASKA YSHHB yang mengikuti bengkel bersama

tetamu kehormat.