Previous Page  40 / 40
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 40
Page Background

media permata

JUMAAT, 21 APRIL 2017

m16 •

SASTERA

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

Cabaran harungi kekurangan

NOVEL

Forget Me Not

adalah sebuah novel yang di-

hasilkan oleh penulis Ellie Terry. Novel ini mengisahkan

tentang kehidupan seorang gadis yang menghidap sin-

drom Tourette, di mana dia bergelut untuk menyesuai-

kan diri dan menyembunyikan perbezaannya daripada

rakan sebaya di sekolahnya.

Calliope June adalah seorang gadis yang menghidap

sindrom Tourette, oleh kerana itu kadang-kadang

dia tidak dapat mengawal bunyi-bunyian yang keluar

daripada mulutnya dan juga pergerakan-pergerakan

tubuhnya sendiri.

Calliope dan ibunya sering tinggal berpindah-

randah dari satu tempat ke satu tempat. Apabila

mereka berpindah sekali lagi, Calliope cuba untuk

menyembunyikan

keadaan

yang

dihidapinya

di

sekolah.

Akan tetapi lambat laun rakan-rakan sekelasnya

menyedari bahawa terdapat perbezaan pada diri

Calliope. Hanya jirannya yang juga selaku presiden

kelas yang menerima Calliope seadanya, seorang ga-

dis yang aneh namun juga seorang sahabat yang baik.

Walau bagaimanapun, beranikah dia menunjukkan tali

persahabatan itu pada khalayak ramai?

Menghadapi cabaran kehidupan di sekolahnya,

Calliope juga harus berdepan dengan tali hubungan

baru ibunya yang mungkin akan menyebabkan mereka

berpindah sekali lagi tatkala dia baru sahaja mendapat

teman-teman baru yang dapat menerima perbezaan-

nya.

Novel

Forget Me Not

mengisahkan tentang kehidupan

seorang gadis yangmenghidap sindromTourette,

di mana dia bergelut untuk menyesuaikan diri dan

menyembunyikan perbezaannya daripada rakan sebaya di

sekolahnya.

Pengembaraanmenentang ahli sihir

CHANTEL lebih suka menumpukan sepenuh perhatian-

nya untuk mempelajari magis daripada menjaga adab

sopannya. Oleh sebab itu dia sering ditimpa masalah di

sekolah magis Miss Ellicot.

Akan tetapi apabila Miss Ellicott tiba-tiba menghilan-

gkan diri dengan penuh misteri bersama ahli sihir-ahli

sihir di kota itu, kelakuan buruk Chantel bukan sesuatu

yang harus mereka bimbangkan.

Tanpa sebarang magis untuk melindungi kota terse-

but, kini tanggungjawab untukmenyelamatkan kerajaan

itu terletak pada bahu Chantel dan rakan-rakannya.

Berhadapan dengan misi yang sangat berbahaya,

Chantel akan bertemu dengan seorang budak lelaki

yang bersenjatakan busur dan panah, seekor naga dan

juga sebuah magis api terbaru yang membakar dirinya

dari dalam. Akan tetapi dapatkah Chantel menemui ahli

sihir-ahli sihir yang hilang dan mengembalikan kota

Lightning Pass seperti sedia kala?

Untuk mengetahui kisah sepenuhnya dapatkan novel

Miss Ellicott’s School for the Magically Minded

karya

Sage Blackwood segera.

Terperangkap dalam sebuah permainan puzzle

THE Gaunlet

adalah sebuah novel karya Karuna Riazi

yang mengisahkan tentang tiga sekawan dari kota

New York yang mendapati bahawa diri mereka kini

terperangkap di dalam sebuah permainan puzzle

mekanikal, dan mereka harus memenangi permainan itu

untuk menyelamatkan diri bersama kanak-kanak lainnya

yang turut terperangkap di dalamnya.

Novel ini adalah sebuah novel debut yang dipenuhi

dengan aksi yang menggabungkan tema

Steampunk

dan

Jumanji

dengan unsur-unsur negara Timur Tengah.

Apabila Farah yang berusia 12 tahun bersama dua

orang sahabat karibnya terlontar ke dalam permainan

mekanikal yang bernama

the Gaunlet of Blood and

Sand

, sebuah permainan puzzle yang seperti kiub

Rubik gergasi, mereka sedar bahawa mereka harus

mengalahkan si arkitek jahat permainan itu demi

menyelamatkan diri mereka dan orang-orang yang

terperangkap di dalamnya, termasuklah adik lelaki

kecil Farah, Ahmed. Namun sebelum itu mereka harus

mengetahui bagaimana caranya untuk menang.

Di bawah tunjuk ajar Henrietta Peel dan Vijay, Farah

bersama dengan sahabat-sahabatnya harus meng-

hadapi pelbagai makhluk seperti labah-labah, kala jeng-

king, monyet dan harimau sebelum berhadapan dengan

pemilik mesin itu, Lord Amari. Berjayakah mereka men-

galahkan Amari di dalam permainannya sendiri? Atau

mereka sendiri akan terperangkap di dalam mesin itu

selama-lamanya seperti kanak-kanak yang lainnya.

Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini,

pembaca tidak seharusnya melepaskan peluang untuk

mendapatkan novel

The Gaunlet

yang sangat menarik

perhatian ini.

Demi seekor

binatang

BAGI Bixby Alexander Tamatau lebih dikenali sebagai

Bat, kehidupan adalah penuh dengan kejutan.

Kadang-kadang kejutan tersebut berbentuk yang

baik dan kadang-kadang yang buruk.

Hari ini merupakan hari yang mempunyai kejutan

yang baik bagi Bat. Ibu Bat, seorang doktor haiwan

telah membawa pulang seekor anak skunk yang

kecil. Ibunya harus merawat skunk kecil itu sebelum

menyerahkannya ke tempat perlindungan haiwan

liar. Akan tetapi, Bat telah tertarik hati kepada

haiwan itu, dan berhasrat untuk memeliharanya. Dan

dia hanya mempunyai masa sehingga sebulan untuk

menunjukkan kepada ibunya bahawa skunk itu dapat

dijadikan haiwan peliharaan yang sangat comel.

Demikian adalah sinopsis daripada buku kanak-

kanak berjudul

A Boy Called Bat

karya Elana K. Arnold.

BerjayakahBatmeyakinkan ibunyaatauskunk ituakan

diserahkan ke tempat perlindungan haiwan liar?

Dapatkah Chantel menemui ahli sihir-ahli sihir yang hilang

dan mengembalikan kota Lightning Pass seperti sedia

kala? Untuk mengetahui kisah sepenuhnya dapatkan novel

Miss Ellicott’s School for the Magically Minded

karya Sage

Blackwood segera.

The Gaunlet

adalah sebuah novel karya Karuna Riazi yangmengisahkan tentang tiga sekawan dari kota NewYork yang

mendapati bahawa diri mereka kini terperangkap di dalam sebuah permainan puzzle mekanikal, danmereka harus

memenangi permainan itu untuk menyelamatkan diri bersama kanak-kanak lainnya yang turut terperangkap di dalamnya.

Bat telah tertarik hati kepada skunk itu, dan berhasrat

untuk memeliharanya. Dan dia hanya mempunyai

masa sehingga sebulan untuk menunjukkan kepada

ibunya bahawa skunk tersebut dapat dijadikan haiwan

peliharaan yang sangat comel.