Previous Page  6 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 6 / 40 Next Page
Page Background

media permata

Oleh Imelda Groves HA

BANDARSERIBEGAWAN,20April–Majlis

Perundingan Kampung (MPK) Kawasan

4

Rancangan

Perumahan

Negara

Lambak Kanan telah mengadakan

mesyuarat pertamanyabagi tahun2017

bagimembuat persiapanMajlisBertahlil

dan Doa Arwah Sekampung 2017.

Selain

itu,

mesyuarat

juga

membincangkan Majlis Penyampaian

Derma kepada anak-anak yatim bagi

penduduk Kampung Kawasan 4 RPN

Lambak Kanan serta membincangkan

Majlis Sambutan Hari Raya yang akan

datang serta projek-projek lain.

Mesyuarat

dipengerusikan

oleh

KetuaKampungKawasan4RPNLambak

Kanan, Haji Jumat bin Nasir.

Manakala

itu,

Setiausaha

MPK,

Haji Othman bin Haji Aliassan telah

menyampaikan laporan bagi aktiviti-

aktiviti sepanjangtahun2016yangtelah

diungkayahkan olehMPK berkenaan.

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April –

Seorang bapa kepada enam orang

anak dijatuhi hukuman tiga bulan

penjara olehMahkamahMajistret atas

kesalahan mencuri.

Majistret

Pengiran

Shahyzul

Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul

Rahman menjatuhkan hukuman itu

terhadap Awang Herman bin Awang

Ki’i, 29, kerana mencuri mesin

penggilap kereta berharga $420 milik

majikannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan

itu pada 7 Mac 2017 di sebuah

perkhidmatan cuci kereta, Berakas.

Menurut fakta kes, tertuduh ketika

itu sedang mengemas peralatan cuci

kereta di tempatnya bekerja apabila

ternampak mesin penggilap kereta

yang diletakkan dalam kotak.

Tertuduh kemudian mengambil

mesin penggilap itu dan menjualnya

kepada rakannya pada harga $40.

Hasil jualan itu digunakan untuk

membeli makanan, lampin pakai

buang dan minyak kereta.

Pendakwaan dilakukan Timbalan

Pendakwa Raya, Mohammad Danial

bin DSP Haji Kifrawi.

6 •

NASIONAL

JUMAAT, 21 APRIL 2017

Sambari dipenjara

68bulan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April –

Meskipun

pernah

dihukum

penjara

atas kesalahan menipu, seorang lelaki

tempatan berusia 39 tahun tidak pernah

menjadikan

kesilapannya

sebagai

pengajaran apabila sekali lagi dijatuhi

hukuman

penjara

oleh

Mahkamah

Majistret atas pertuduhan yang sama.

MohammadSambari binHaji AbuBakar

dijatuhi hukuman 68 bulan penjara oleh

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien

bin Pengiran Haji Abdul Rahman selepas

mengaku bersalah atas 12 pertuduhan

kerana menipu beberapa individu dan

syarikat, dengan menggunakan identiti

palsu atau kad pengenalan milik orang

lain untuk mendapatkan kereta dan

wang.

Dalam

menjatuhkan

hukuman,

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien

berkata, apa yang dilakukan tertuduh

adalah jenayah serius di mana tertuduh

menggunakan identiti pegawai awam

untuk membolehkannya menyewa atau

menjual kereta.

Perbuatan tertuduh itu bertujuan

untuk

mendapatkan

keuntungan

daripada jenayah yang dilakukannya

dan ia telah menyebabkan kerugian

kewangan kepada mangsa-mangsanya

akibat rancangannya itu.

Hukumanberat perludiberikan, kerana

mangsa dalam kes ini membabitkan

syarikat

sewa

kereta

dan

adalah

penting untuk melindungi persekitaran

perniagaan di negara ini, tegas Majistret

Pengiran Shahyzul Khairuddien.

Majistret

Pengiran

Shahyzul

Khairuddien

juga

memerintahkan

tertuduh untuk membayar ganti rugi

berjumlah $10,890 kepada mangsa-

mangsa dalam tempoh tiga bulan dan

jika gagal akan berdepan tambahan tiga

bulan penjara.

Tertuduh, antara 29 Disember 2016

dan 29 Mac 2017 dalam tujuh kejadian

berasingan, telah memperolehi 16 buah

kereta daripada beberapa buah syarikat

sewa

kereta

dengan

berpura-pura

berminat untuk menyewa kereta mereka.

Tertuduh tidak mempunyai niat untuk

mengembalikan kereta itu sebaliknya

ingin menjual kereta itu kepada pembeli.

Dia juga mengaku bersalah kerana

menipu

beberapa

individu

untuk

memberinya

wang

$10,890

untuk

pertukaran kereta yang tidak wujud.

Untuklimalagituduhan,tertuduhtelah

menyamar sebagai seorang pegawai

dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri

kepada sebuah syarikat sewa kereta.

Dalam satu kes, tertuduh telah me-

minta salah seorang mangsanya untuk

membuat pembayaran tambahan ber-

jumlah $6,000 untuk menukarkan kereta

Camrymilikmangsa kepada keretaToyota

Fortuner yang dijanjikan tertuduh.

Mangsa yang gagal untuk menghubu-

ngi tertuduh mula curiga apabila Toyota

Fortuner yang dijanjikan tidak pernah

diserahkan kepadanya. Laporan polis te-

lah dibuat oleh mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah

binti Haji Ali terdahulu telah membuat

permohonan

kepada

mahkamah

untuk menjatuhkan hukuman berat

memandangkan

tertuduh

sebelum

ini pernah melakukan kesalahan yang

serupa, tambahan lagi tertuduh baru

sahaja dibebaskan daripada penjara.

Dipenjara

3 bulan

akibat

curi

Beri kefahaman akan bahaya rokok

Bacaan selawat-selawat ke atas Nabi daripada murid-murid yang menghadiri program

tersebut.

Tazkirah Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab telah disampaikan

oleh Awang Johrizan.

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 20 April – ‘Rokok dan

Merokok Memudaratkan’ dipilih sebagai

tema Program Keagamaan Senegara

Persekolahan Ugama dan Arab bagi bulan

ini dengan hasrat untuk memberikan

kefahamankepadakalanganmurid-murid

mengenai kemudaratan rokok.

Tumpuan program di Daerah Belait

bagi bulan ini adalah di Sekolah Ugama

Pengiran Setia Jaya (PSJ) Pengiran Abdul

Momin, Kampung Pandan yang telah

melibatkan penyertaan murid-murid Pra

hingga Darjah 4 sekolah itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah

Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait,

Dayang Hazalina binti Dhalan.

Tazkirah bertajuk ‘Rokok dan Merokok

Memudaratkan’ pada program tersebut

telah disampaikan oleh Guru Penolong

Sekolah Ugama PSJ Pengiran Abdul

Momin, Awang Johrizan bin Johari.

Beliau

antara

lain

menekankan

bahawa rokok boleh membahayakan

kesihatan kerana setiap hisapan, perokok

sebenarnya menyedut 4,000 bahan

kimia yang terkandung dalam rokok

antaranya racun anai-anai, racun rumput,

racun serangga, pembersih lantai, cecair

pemetik api, minyak roket, minyak tar

jalan raya dan sebagainya yang boleh

membunuh dan mendatangkan pelbagai

jenis penyakit seperti kanser paru-

paru, kanser mulut, katarak, ulser perut,

penyakit jantung, strok dan sebagainya.

“Larangan merokok bukanlah sema-

ta-mata menitikberatkan soal kemu-

daratan terhadap kesihatan perokok

dan orang persekitarannya, bahkan

adalah bagi mengelakkan perokok da-

lam kalangan umat Islam daripada terus

berbuat dosa.

“Perokok-perokok

tentu

tertanya-

tanya,

mengapa

merokok

boleh

mendatangkan dosa pada dirinya sendiri

dari segi syarak? Ini kerana larangan

menghindarkan mudarat atau bahaya

tidak dipatuhi, sedangkan Islam sangat

mementingkan

keselamatan

dan

kesejahteraan umatnya,” jelas Awang

Johrizan.

Terdahulu, acara telah dimulakan

dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli

dengan penyampaian tazkirah diikuti

dengan bacaan selawat beramai-ramai

serta Doa Allah Peliharakan Sultan

dan Negara Brunei Darussalam yang

dibacakan oleh Penolong Guru Besar, Haji

Mohd Faizal bin Haji Abdullah.

Tema yang dipilih bagi program bulan

ini adalah untuk memberikan kefahaman

kepada murid-murid tentang bahayanya

rokok dan agama Islam melarang keras

umatnyamelakukan apa jua perkara yang

membinasakan diri.

Di

samping

membahayakan

dan

membinasakan, merokok juga jelas

satu pembaziran yang mana melakukan

sesuatu

yang

membahayakan

dan

pembaziran adalah haram dari hukum

syarak.

Bincang perihal pendermaan

untuk anak-anak yatim

Gambar ramai yangmengikuti mesyuarat tersebut.