Previous Page  8 / 40 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 8 / 40 Next Page
Page Background

media permata

8 •

NASIONAL

JUMAAT, 21 APRIL 2017

Kekalkanhubungan

kerajaandanpenduduk

Sebar kesedaran sivik kepada pelajar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April –

Dalam usaha untuk meningkatkan dan

mengekalkan hubungan baik dua hala

antara pihak kerajaan dan juga pen-

duduk mukim, Jabatan Penerangan te-

lah mengadakan Program Muzakarah

Penerangan (PMP) bagi Mukim Kilanas

tahun 2017 yang telah berlangsung

di Dewan Kemasyarakatan, Mukim

Kilanas, hari ini.

Muzakarah itu dipengerusikan oleh

Pemangku

Pengarah

Penerangan,

Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya

menjelaskan bahawa PMP adalah

bagi menyahut titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam semasa berangkat

ke Majlis Penyerahan Anak-anak Kunci

Rumah Lambak Kanan Peringkat 1 pada

15 Februari 1992.

Menurutnya, PMP yang dahulunya

dikenali sebagai Majlis Perjumpaan

Muhibah Penerangan mula diperke-

nalkan semula setelah dibangkitkan

semasa Mesyuarat Pertama Musim

Permesyuaratanke-11MajlisMesyuarat

Negara (MMN) 2015.

“Selaras dengan fungsi dan tang-

gungjawab Jabatan Penerangan se-

laku lidah, mata dan telinga kerajaan,

menerusi PMP ini, maklumat-maklumat

seperti isu-isu semasa dan dasar kera-

jaan dapat diperjelaskan dan dikong-

sikan bersama, di samping menerima

maklum balas yang perlu diambil per-

hatian dan tindakan oleh agensi-agensi

kerajaan yang berkenaan,” ujarnya.

Di samping itu, program juga menja-

di pemudah cara bagi penduduk mukim

dan kampung untuk menyampaikan

pandangan atau isu-isu permasalahan

yang dihadapi dan pada waktu yang

sama untuk mendapat jawapan atau

penjelasan daripada agensi-agensi

kerajaan yang berkenaan.

Selain itu juga untuk memperlihat-

kan betapa sikap prihatin dan pemedu-

lian pihak kerajaan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam.

Maka, tambah beliau, melalui wa-

dah ini, jelas kelihatan hubungan

baik di antara pihak kerajaan dengan

masyarakat mukim dan kampung akan

terjalin serta mewujudkan kemakmu-

ran dan keharmonian penduduk mukim

dan kampung demi memelihara perpa-

duan dalam kehidupan bermasyarakat

dan bernegara. Beliau berharap de-

ngan apa juga ulasan dan penerangan

daripada pihak agensi yang berkaitan

tentang rancangan kerajaan akan di-

terima dengan baik dan akan dapat

membantu menangani dan mengatasi

segala isu permasalahan dan sungutan

penduduk mukim dan kampung.

Ahli-ahli panel program muzakarah

itu terdiri daripada ketua-ketua jaba-

tan, penolong ketua jabatan, pegawai-

pegawai kanan kementerian dan jaba-

tan-jabatan kerajaan.

PMP diharap akan dapat merapat-

kan lagi hubungan mesra yang terja-

lin antara kerajaan amnya dan Jabatan

Penerangan khususnya dengan pen-

duduk mukim.

Menerusi programini, iamemberikan

peluang kepada penduduk mukim un-

tuk mengutarakan isu-isu permasala-

han yang dihadapi bagi pertimbangan

pihak agensi-agensi kerajaan, dalam

masa yang sama ia juga memberikan

peluang kepada agensi-agensi kera-

jaan untuk memberikan penerangan

dan penjelasan kepada penduduk mu-

kim mengenai dengan isu-isu yang

dibangkitkan.

Turut hadir pada sesi muzakarah itu

ialah penghulu Mukim Kilanas, ketua-

ketua kampung dari Mukim Kilanas,

pegawai-pegawai

kanan,

pegawai

atau pengamal perhubungan awam,

pegawai dan kakitangan dari pelbagai

agensi kerajaan.

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April –

Lebih 250 orang pelajar Tahun 9 dan

10 Sekolah Menengah Chung Hwa di

ibu negara telah menghadiri Program

Rakan Remaja Penerangan yang ber-

langsung di dewan sekolah berkenaan,

hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah

Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho

Mun Tai.

Program Rakan Remaja Penerangan

itu merupakan program persembahan

khusus bagi golongan remaja terutama

bagi pelajar sekolah dalam menyebar-

luaskan maklumat semasa.

Objektifnya adalah untuk mendekati

para remaja di sekolah-sekolah supaya

mereka peka dengan perkembangan

semasa, menanamkan semangat ke-

negaraan dan tanggungjawab sosial

dalam kalangan remaja serta men-

jadikan pelajar sebagai ejen dalam pe-

nyebaran maklumat yang positif dan

berkesan kepada rakan sebaya.

Ia juga bertujuan untuk memberikan

kesedaran sivik dan semangat kenega-

raan terutama kepada golongan remaja

ke arah pembentukan minda dan moral

positif dan dalam masa yang sama,

ia adalah untuk mendekati golongan

belia dan remaja di sekolah-sekolah

melalui seni hiburan yang terarah dan

terpimpin. Program tersebut diserikan

dengan nyanyian lagu kebangsaan

‘Allah Peliharakan Sultan’ dan lagu pa-

triotik ‘Bendera Negara’ diiringi oleh

penuntut-penuntut Tahun 9 dan 10

sekolah berkenaan.

Pengetua Sekolah Menengah Chung

Hwa, Kho Guik Lan berharap pelajar

akan menggunakan peluang dan ke-

sempatan dalam program berkenaan

untuk mempelajari dan menghayati

acara yang disediakan.

Beliau juga percaya bahawa pro-

gram tersebut akan dapat menanam-

kan semangat kenegaraan serta rasa

tanggungjawab sosial dalam kalangan

pelajar.

Menurutnya lagi, kesedaran menge-

nai tanngungjawab sosial akanmenjadi

wadah pembentukan minda dan moral

remaja serta memupuk semangat

patriotisme, semangat kekitaan dan

nilai positif ke arah melahirkan tunas

bangsa yang berkualiti seiring dengan

Wawasan Brunei 2035.

Taklimat Kenegaraan dimulai de-

ngantayanganvideo ‘KibarkanBendera

Negara Dengan Megah’ dan diterus-

kan taklimat bertajuk ‘Menghayati

Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara

Brunei Darussalam’ yang disampaikan

oleh Pegawai Penerangan, Ketua Unit

Kenegaraan, Hajah Hamsah binti Datu

KernaHaji Jaya di BahagianKenegaraan

dan Kemasyarakatan.

Program yang dimeriahkan dengan

lawak jenaka dan kuiz yang disampai-

kan oleh pelawak undangan tanah air

seterusnya penyampaian hadiah ke-

pada lima orang pelajar yang berjaya

menjawab kuiz berkenaan dan disam-

paikan oleh tetamu kehormat majlis.

Awang Mawardi ketika menyampaikan ucapannya.

Denis Ho Mun Tai (dua kiri) yang hadir selaku tetamu kehormat.